Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat insurans lanjut langkah ringankan beban kewangan pemegang polisi di tengah COVID-19

Syarikat-syarikat insurans Singapura melanjutkan langkah-langkah bantuan bagi meringankan beban kewangan pemegang polisi di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat insurans lanjut langkah ringankan beban kewangan pemegang polisi di tengah COVID-19

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 07:40PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 07:50PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat insurans Singapura melanjutkan langkah-langkah bantuan bagi meringankan beban kewangan pemegang polisi di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Persatuan Insurans Hayat menyatakan bagi pemegang polisi yang menghadapi masalah kewangan boleh mendaftarkan diri untuk menangguhkan bayaran premium mereka sehingga enam bulan.

Kelonggaran itu bagi tempoh pembayaran atau pembaharuan polisi berakhir antara 1 Oktober ini hingga 31 Mac tahun depan.

Perlindungan insurans dikekalkan sepanjang tempoh penangguhan itu.

Persatuan Insurans Am pula juga menyatakan pemegang polisi boleh memohon pelan bayaran premium fleksibel sehingga akhir tahun ini.

Ada juga perlindungan insurans untuk tempoh pembayaran.

Penguasa Kewangan Singapura mengalu-alukan keputusan industri insurans itu.

Menurut MAS, langkah tersebut dapat membantu pelanggan yang terjejas mengekalkan polisi mereka atau mempertimbangkan perlindungan insurans alternatif.

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan