Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat Inno Medical didenda S$10,000; hasilkan 2.2 juta pelitup tanpa lesen

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat Inno Medical didenda S$10,000; hasilkan 2.2 juta pelitup tanpa lesen

Pelitup-pelitup itu juga dijual di wadah online seperti Shopee

SINGAPURA: Sebuah syarikat dikenakan denda S$10,000 pada Selasa (1 Nov) kerana menghasilkan lebih 2.2 juta pelitup bedah tanpa lesen.

Mahkamah diberitahu bahawa Inno Medical gagal memohon bagi mendapatkan lesen pengeluaran selama setahun kerana "kesilapannya".

Seorang wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Produk Kesihatan kerana menghasilkan alat perubatan Kelas A tanpa lesen pengeluar.

Mahkamah diberitahu bahawa syarikat itu sudah membuat permohonan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk mendapatkan lesen pengeluar bagi pelitup bedah tiga lapis pada hujung Mei 2021.

Apabila pihak berkuasa meneliti syarikat tersebut, pihaknya mendapati bahawa Inno Medical mendakwa telah menghasilkan pelitup sejak April 2020, meskipun tidak mempunyai lesen pengeluar ketika itu.

Siasatan menunjukkan bahawa pelitup-pelitup itu dijual di wadah online seperti Shopee serta perniaga dan individu.

Pelitup muka itu diiklankan mempunyai kecekapan penapisan bakteria sebanyak 98 peratus.

Pada Jun 2021, bekalan pelitup syarikat itu dirampas dan Inno Medical diarah menarik balik bekalan yang sudah diedarkan ke kedai runcit mahupun dijual di platform online.

Inno Medical mematuhi arahan tersebut. Permohonan bagi lesen pengeluar disemak semula dan premis syarikat tersebut juga diperiksa.

Premis syarikat berkenaan didapati bersih dan dijaga rapi, dengan pekerja diperlukan untuk memakai alat pelindung diri sebelum memasuki kawasan pengeluaran.

Siasatan lanjut juga menunjukkan bahawa kegagalan untuk memohon lesen merupakan satu kesilapan tidak disengajakan bagi pihak syarikat tersebut.

Lesen tersebut diluluskan pada Julai 2021.

Firma tersebut sudah menghasilkan lebih daripada 2.2 juta keping pelitup bedah tiga lapis untuk dijual, tanpa lesen pengeluar antara Jun 2020 dan Jun 2021.

 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan