Syarikat harus pandang serius keselamatan siber dan data pengguna: IMDA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Denda lebih berat tidak cukup untuk memastikan syarikat-syarikat melaksanakan amalan perlindungan data yang baik.
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How berkata firma-firma perlu mengambil serius tentang keselamatan siber dan lebih bertanggungjawab ke atas data pengguna.
Encik Tan berkata demikian sebagai menjawab soalan parlimen tentang apa lagi perlu dilakukan untuk menghukum pihak syarikat bagi kesalahan siber di tengah-tengah pembocoran data peribadi sejak kebelakangan ini.
"Saya rasa menghukum pertubuhan selepas pembocoran data sudah berlaku seperti mengejar seekor kuda selepas pintu kandang dibiarkan terbuka dan kuda itu berlari keluar. Apa yang lagi penting adalah amalan-amalan untuk mencegah data digodam atau dicuri daripada pertubuhan," kata Encik Tan.
Tahun lalu dilaporkan bahawa sejumlah S$2.68 juta dikumpul dalam bentuk denda bagi pelanggaran perlindungan data peribadi.
Bulan lalu pula, 2.6 juta akaun syarikat penjualan online dilaporkan digodam dan data dijual di pasar gelap.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.