Syarikat gergasi kripto AS Coinbase dapat lesen Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Syarikat pertukaran mata wang kripto yang terbesar di Amerika Syarikat, Coinbase, pada Selasa (11 Okt) menyatakan pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Penguasa Kewangan Singapura MAS untuk menyediakan khidmat pembayaran di negara tersebut, lapor Reuters.
Dengan kelulusan secara prinsip itu, individu serta institusi-institusi boleh menggunakan khidmat token pembayaran digital. MAS mula mengeluarkan lesen kepada firma-firma kripto pada 2021 dengan firma tersebut dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran.
Menyifatkan kelulusan daripada MAS itu sebagai satu detik penting, Coinbase, dalam satu kenyataan menambah ia sedang meningkatkan kehadirannya di Singapura dan buat masa ini, sudahpun menggajikan hampir 100 pekerja di sini.
"Kami melihat Singapura sebagai pasaran strategik dan hab global untuk inovasi Web3," kata Hassan Ahmed, pengarah serantau Coinbase bagi Asia Tenggara.
Sekitar 180 syarikat kripto sudah membuat permohonan bagi lesen pembayaran kripto kepada MAS pada 2020.
Setakat ini, MAS telah memberikan kelulusan dan lesen secara prinsip kepada 17 syarikat.
Selain Coinbase, Crypto.com dan DBS Vickers - dua khidmat broker yang dikendalikan oleh bank terbesar Singapura DBS - adalah antara yang telah menerima lesen.
Pendekatan mesra kripto itu telah membantu Singapura sebagai hab kewangan menarik firma berkaitan perkhidmatan aset digital dari China, India dan lainnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya pusat utama di Asia.
Meskipun demikian, terdapat juga beberapa kes kegagalan kripto yang dilaporkan.

Sumber : AGENCIES/ZM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.