Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat gergasi HP bekerjasama dengan NTU dalam bidang percetakan 3D

Singapura kini menempatkan makmal korporat baru syarikat gergasi HP bernilai $84 juta, hasil kolaborasi bersama Universiti Techonologi Nanyang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Oct 2018 08:20PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:02PM

SINGAPURA: Singapura kini menempatkan makmal korporat baru syarikat gergasi HP bernilai $84 juta, hasil kolaborasi bersama Universiti Techonologi Nanyang.

Ini kali pertama syarikat itu bekerjasama dengan sebuah universiti di Asia.

Di pelancarannya pagi Selasa (23 Okt), Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata kerjasama itu akan dapat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai salah satu pusat terpenting di dunia dalam bidang percetakan 3D.

Selain itu, penubuhan makmal-makmal korporat sedemikian juga kata Encik Heng, akan dapat mengukuhkan lagi proses dari penyelidikan ke inovasi dan kemudian ke peringkat perusahaan.

Kerjasama sedemikian juga dapat membantu Singapura membangunkan sebuah ekonomi berteraskan ilmu yang dirangsang inovasi dan masyarakat.

Makmal itu akan menjalankan 15 projek bagi lebih memahami penggunaan bahan-bahan baru, kecerdasan buatan serta keselamatan siber.

Kerjasama empat tahun itu akan melibatkan seramai 100 penyelidik dan kakitangan.  

Sumber : CNA/NT/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan