Skip to main content

Singapura

Syarikat e-skuter akui tidak tahu alat pengecas tidak berdaftar

Beberapa syarikat yang didapati menjual alat pengecas tidak berdaftar menyatakan mereka tidak tahu bahawa rekod alat tersebut tidak dicatatkan dengan betul bersama pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Dec 2017 07:35PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 09:43PM

SINGAPURA: Beberapa syarikat yang didapati menjual alat pengecas tidak berdaftar menyatakan mereka tidak tahu bahawa rekod alat tersebut tidak dicatatkan dengan betul bersama pihak berkuasa.

Ini setelah pihak berkuasa merampas 175 alat pengecas tidak berdaftar daripada enam kedai yang menjual alat mobiliti peribadi, semalam (29 Dis).

E-skuter banyak dikaitkan dengan kebakaran yang berlaku di rumah-rumah merata negara baru-baru ini.

Alat-alat pengecas berdaftar biasanya akan mempunyai sebuah tanda 'SAFETY' yang dilekatkan atasnya.

Tetapi dua daripada syarikat terbabit memberitahu Mediacorp, ia adalah tugas pembekal untuk mendaftarkan barang mereka.

Sementara itu, syarikat-syarikat berkenaan sedang memeriksa dengan para pembekal sama ada mereka boleh membuat pertukaran.

Mereka juga membantu para pelanggan terjejas yang ingin tahu cara bagi mendapatkan alat pengecas berdaftar.

Kejadian terkini yang melibatkan alat-alat mobiliti peribadi (PMD) dijilat api, dan menyebabkan kecederaan atau kerosakan, mencetuskan keprihatinan.

Menurut SCDF, sebanyak 31 kes kebakaran PMD berlaku antara Januari hingga September tahun ini - naik daripada 19 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita