Syarikat e-dompet SG, YouTrip berhasil pikat lagi AS$50 juta dalam bentuk pembiayaan dana
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YouTrip Caecilia Chu. (Gambar: YouTrip)
SINGAPURA: Pengendali dompet mudah alih pelbagai mata wang YouTrip pada Rabu (26 Okt) mengumumkan ia berhasil mengumpul lagi AS$50 juta dalam bentuk pembiayaan dana.
Dana itu diperoleh daripada firma modal usaha sama global Lightspeed untuk pusingan Siri B syarikat tersebut. Lightspeed juga melabur dalam Snapchat milik Snap dan syarikat teknologi Stripe.
YouTrip sebelum ini mengumpul AS$30 juta pada 2021 dan AS$25.5 juta pada 2019.
Hampir lima tahun menyusuli pelancarannya, aplikasi yang berpangkalan di Singapura itu berhasil meraih keuntungan dari segi operasi, dedah ketua pegawai eksekutif Caecilia Chu kepada Mediacorp dalam satu temu bual.
YouTrip kini memproses pembayaran AS$10 bilion setiap tahun – terdiri daripada wang yang dibelanjakan pengguna semasa melancong ke luar negara, membeli-belah di lokasi antarabangsa dan perbelanjaan korporat oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana yang menggunakan YouBiz.
Sebahagian besar pembayaran yang diproses adalah dari para pengguna syarikat itu.
"Adalah penting berdasarkan iklim sekarang ini untuk menunjukkan kepada pelabur, malah untuk menunjukkan kepada diri kita sendiri, bahawa kita mempunyai model perniagaan yang kukuh di mana kita boleh berkembang dengan cara yang mampan," kata Cik Chu, sambil menyatakan bahawa syarikatnya juga cuba bersikap konservatif dalam keadaan yang serba tidak menentu sekarang.
Cik Chu, yang juga pengasas bersama syarikat itu, berkata YouTrip telah berkembang 200 peratus dari tahun ke tahun dan mencapai keuntungan pada April tahun ini.
"Untuk mengumpul dana dalam iklim sekarang ini, anda perlu melakukan kedua-duanya secara serentak," katanya.
Dana itu akan digunakan untuk melabur dalam lebih banyak teknologi untuk menambah baik produk YouTrip.
Para pengguna boleh menghubungkan kad YouTrip mereka dengan Google Pay tidak lama lagi, dan pembayaran kod QR adalah "sebahagian daripada hala tuju masa terdekat kami", kata Cik Chu.
YouTrip juga merancang untuk memperkenalkan ciri-ciri baharu selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meningkatkan jumlah wang yang boleh disimpan dalam e-dompet dari S$5,000 kepada S$20,000 (AS$3,600 kepada AS$14,600). Had pembayaran 12 bulan juga akan dinaikkan dari S$30,000 kepada S$100,000.
Perubahan-perubahan itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.

Sumber : CNA/AW/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.