Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat didenda import lebih 810kg produk daging, makanan laut secara haram

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat didenda import lebih  810kg produk daging, makanan laut secara haram

(Gambar: Agensi Makanan Singapura)

SINGAPURA: Syarikat pengimport makanan Siribun didenda S$7,500 pada Isnin (14 Ogos) kerana mengimport lebih dari 810 kilogram (kg) produk daging dan makanan laut, serta makanan diproses secara haram.

Pengarah syarikat itu, Aseethimang Siriwan, didenda jumlah yang serupa kerana gagal menghalang kesalahan itu.

Para pegawai dari Agensi Makanan Singapura (SFA) menggeledah sebuah kontena berdaftar Malaysia ketika ia sedang diturunkan di Tampines. Ia memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.

SFA mendapati syarikat itu mempunyai produk daging dan makanan laut yang diimport secara haram, serta makanan diproses.

Menurut permit kargo tersebut, produk makanan yang diimport secara haram diisytiharkan sebagai sayur-sayuran segar dan produk makanan lain.

Semua produk itu dirampas, dedah SFA dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media.

Daging dan produk daging hanya boleh diimport dari sumber bertauliah di negara yang mempunyai kelulusan dan mematuhi syarat keselamatan makanan Singapura.

Mereka yang mengimport produk daging dan makanan laut secara haram tanpa permit import sah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Pesalah berulang berdepan denda sehingga S$20,000, hukuman penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan