Skip to main content

Singapura

Syarikat didenda; import 360kg buah-buahan, sayur-sayuran segar secara haram dari M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat didenda; import 360kg buah-buahan, sayur-sayuran segar secara haram dari M'sia

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 25 Jul 2022 07:58PM
SINGAPURA: Sebuah syarikat dan pengarahnya didenda kerana mengimport lebih 360 kilogram (kg) buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram dari Malaysia, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin (25 Jul).

JQA, sebuah syarikat pengimport produk makanan dan pengarah syarikat itu, Tan Kar Jiun masing-masing didenda S$5,000.

Sebuah lori membawa makanan yang dihantar ke JQA ditahan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Woodlands Command pada 17 November 2020. Kes itu kemudian dirujuk ke SFA.

Agensi tersebut menemui 362.4kg buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang tidak diisytiharkan dan tidak diisytiharkan dengan betul di dalam lori dan merampas konsainan haram itu.

Tan didenda kerana "gagal melarang jenayah tersebut daripada dilakukan," menurut SFA.

SFA menyatakan bahawa makanan yang diimport di Singapura harus memenuhi syaratnya.

Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap konsainan harus diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah.

"Sayur-sayuran yang diimport secara haram daripada sumber yang tidak diketahui itu boleh membawa risiko keselamatan makanan.

Pengambilan jangka panjang sisa racun perosak yang berlebihan melalui pengambilan sayur-sayuran yang terdedah kepada racun perosak boleh membawa kepada kesan kesihatan yang buruk," tambah SFA.

Mereka yang didapati bersalah mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh berdepan hukuman denda sehingga S$10,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita