Syarikat didenda import 180kg sayur secara haram
Sebuah syarikat didenda S$5,000 pada Rabu (27 Jan) kerana mengimport 180 kilogram sayur segar secara haram untuk dijual.

SINGAPURA: Sebuah syarikat didenda S$5,000 pada Rabu (27 Jan) kerana mengimport 180 kilogram sayur segar secara haram untuk dijual.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pegawainya mengesan sayur yang tidak diisytiharkan itu pada Julai tahun lalu.
Sayur-sayuran yang dijumpai semasa pemeriksaan itu adalah lada benggala hijau dan ia termasuk dalam muatan yang diimport dari Malaysia oleh SM Vegetables, tambah SFA.
Semua muatan yang dibawa masuk secara haram telah dirampas.
SFA menyatakan makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap bekalan mesti diisytiharkan serta mempunyai permit import yang sah.
Sayur yang diimport secara haram dianggap sebagai tidak diketahui sumbernya dan menimbulkan risiko keselamatan makanan, jelas agensi itu.
Mereka yang didapati mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran secara haram boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.