Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat didenda hasilkan chwee kueh, kuih lobak di premis tidak berlesen

Sebuah syarikat didenda S$2,500 pada Rabu (11 Ogos) setelah didapati menghasilkan chwee kueh dan kuih lobak di premis yang tidak berlesen.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat didenda hasilkan chwee kueh, kuih lobak di premis tidak berlesen

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 09:36PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 09:37PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat didenda S$2,500 pada Rabu (11 Ogos) setelah didapati menghasilkan chwee kueh dan kuih lobak di premis yang tidak berlesen.

Low Meng Kee Food sebelum ini diberi lesen untuk mengendalikan "aktiviti pengeluaran makanan" di premisnya sehingga April 2019, apabila ia berhenti operasi untuk menjalani kerja-kerja ubah elok, menurut agensi Makanan Singapura (SFA).

Syarikat itu dikehendaki mendapatkan lesen baru dari SFA sebelum menyambung semula operasi pengeluaran makanannya.

Pada Julai tahun lalu, para pegawai SFA menjalankan "pemeriksaan mengejut" di premis yang baru diubah elok itu dan mendapati bahawa syarikat tersebut menghasilkan chwee kueh dan kuih lobak meskipun ia belum mendapatkan lesen dari SFA.

Sekitar 3,880 keping chwee kueh yang dibuat di premis tidak berlesen itu dirampas pegawai sementara kuih lobak yang sudah diedarkan ke kedai "ditarik balik serta-merta" oleh syarikat itu.

"Pengeluaran produk makanan secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan," menurut SFA.

Semua kemudahan pengeluaran makanan di Singapura mesti mempunyai lesen dan perlu memenuhi syarat-syarat SFA. Tempat-tempat itu diperiksa secara berkala, menurut agensi tersebut.

Mereka yang didapati menghasilkan produk makanan secara haram boleh didenda sehingga S$5,000. Pesalah berulang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan