Skip to main content

Singapura

Syarikat didakwa hasilkan lebih 430,000 pelitup pembedahan di S'pura tanpa lesen

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah syarikat didakwa kerana menghasilkan lebih 430,000 pelitup pembedahan tiga lapis di Singapura tanpa lesen yang diperlukan. 

First N-Lab, sebuah syarikat pemborong yang terletak di 31 Woodlands Close, dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Produk Kesihatan pada Khamis (20 Jan). 

Syarikat tersebut dituduh menghasilkan sekurang-kurangnya 431,480 pelitup pembedahan tiga lapis dengan label "N-Lab" antara Oktober 2020 hingga April 2021, sedangkan ia tidak mempunyai lesen pengilangan. 

Di bawah Akta Produk Kesihatan, sesiapa pun tidak boleh mengeluarkan sebarang produk kesihatan melainkan jika mereka mempunyai lesen pengilangan yang sah dan proses pengilangan itu  dijalankan mengikut syarat-syarat lesen berkenaan. 

Menurut laman web N-Lab, syarikat tersebut menghasilkan "pelitup pembedahan seperti yang lazimnya digunakan kakitangan perubatan" yang 100 peratus dihasilkan di Singapura. 

Slogan iklan di akaun Facebook mereka ialah: "Dihasilkan di Singapura, Buat Rakyat Singapura". 

Syarikat tersebut berhasrat untuk mengaku bersalah pada Februari. 

Sesiapa yang  menghasilkan produk kesihatan tanpa lesen pengilangan, boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda tidak lebih S$50,000 atau kedua-duanya sekali. 

Jika pesalah itu adalah sebuah syarikat, denda maksimum boleh dinaikkan seganda.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita