Syarikat boleh raih keuntungan lebih, cipta lebih pekerjaan jika lebih mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat boleh meraih lebih banyak keuntungan dan mencipta lebih banyak pekerjaan jika menjadi lebih mesra alam.
Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), ini bermakna, mereka juga memerlukan teknologi mampan.
Sempena Hari Hak Milik Intelektual Sedunia, Menteri Undang-Undang K Shanmugam menarik perhatian, Singapura boleh mengembangkan bidang tersebut dengan menerapkan perlindungan kukuh bagi idea-idea yang dipatenkan.
Menurut unjuran WEF, dengan peralihan hijau, Asia boleh menjana keuntungan S$5.8 trilion dan mencipta lebih 230 juta pekerjaan.
Ini termasuk pekerjaan baharu dan perubahan bagi skop pekerjaan dalam sektor pengilangan dan tenaga hijau.
Bagi Asia Tenggara, peluang sebegini juga membawa teknologi baharu.
Menurut Laporan Landskap Paten Asia Tenggara, lebih 50,000 paten baharu didaftarkan pada 2022, iaitu jumlah tertinggi sejauh ini.
Lebih 80 peratus daripada paten tersebut datang dari luar rantau ini.
Menurut laporan itu lagi, kebanyakan idea itu seperti ketersambungan dan kecekapan bandar, penting bagi usaha kemampanan.
Menurut Pejabat Hak Cipta Intelektual (IPOS), lebih banyak pendaftaran hak milik intelek juga didaftarkan di Singapura.
Ini termasuk cap dagang baharu bagi teknologi seperti tenaga suria, pembersihan air dan kenderaan elektrik.
Sementara itu, IPOS juga mahu meningkatkan lagi usahanya dengan memantau paten bagi teknologi hijau global.
Ini akan memandu usaha-usaha kajian dan pengembangan (R&D) bagi bidang-bidang yang memerlukan lebih banyak pelaburan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.