Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat boleh manfaatkan dana untuk bantu jimat penggunaan air

Syarikat-syarikat boleh memanfaatkan satu dana untuk membantu menjimatkan penggunaan air.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Oct 2020 05:51PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 12:09AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat boleh memanfaatkan satu dana untuk membantu menjimatkan penggunaan air.

Menurut agensi air kebangsaan, PUB, Dana Keberkesanan Air yang dipertingkat itu boleh dimanfaatkan sekitar 3,200 pelanggan perusahaannya.

Syarikat-syarikat yang memasang peralatan menjimatkan air seperti alat pembersih pinggan mangkuk komersil, boleh menerima pendanaan sehingga S$300,000.

Usaha-usaha kitar semula air atau projek-projek menggunakan sumber air alternatif, boleh menerima insentif lebih tinggi, bagi setiap meter padu air yang dijimatkan.

Ia akan mengambil masa tiga tahun bagi penyaluran geran tersebut ke projek-projek, berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Menurut PUB, dana tersebut akan membantu pihak syarikat mengurangkan kos dan lebih menjimatkan air.

Penggunaan air perusahaan merangkumi lebih separuh permintaan air Singapura setiap hari.

Permintaan air harian di sini adalah 430 juta gelen dan ia dijangka naik seganda menjelang 2060.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan