Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat boleh ambil 1 pekerja bagi setiap 3 warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat boleh ambil 1 pekerja bagi setiap 3 warga emas

Program perintis baru menawarkan konsep perumahan untuk warga tua yang disepadukan dengan khidmat jagaan.

Diterbitkan : 07 Jun 2024 07:12PM Dikemas Kini : 07 Jun 2024 07:36PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang menyediakan khidmat kehidupan dibantu diberi elaun lebih tinggi untuk menggajikan lebih ramai pekerja hijrahan sebagai penjaga berbanding rumah-rumah rawatan biasa.

Firma-firma berkenaan menyatakan, di bawah ujian perintis terbaharu itu, ia boleh membawa masuk seorang pekerja asing untuk menjaga tiga warga emas.

Bagaimanapun, isunya adalah bagaimana mendapatkan pekerja dengan kemahiran yang sesuai.

Tidak seperti rumah-rumah jagaan biasa, warga emas yang tinggal di rumah bawah St Bernadette Lifestyle Village ini boleh memilih untuk tidak menyertai apa-apa kegiatan yang dijadualkan.

Mereka juga boleh bergerak bebas di kawasan kejiranan yang mungkin dikenali mereka.

Tahun lalu, pemerintah memulakan sebuah projek yang meneroka usaha untuk mempunyai pekerja hijrahan secara langsung bagi membantu menjaga warga emas yang menetap di unit rumah yang dikongsi.

Model penjagaan alternatif untuk warga emas ini diharap dapat meringankan beban bagi mereka dengan adanya sokongan sepanjang masa.

Setakat ini, lima syarikat menyertai ujian perintis.

Syarikat-syarikat ini bagaimanapun hanya boleh menggajikan seorang pekerja asing bagi setiap tiga warga emas di bawah jagaannya.

Ini bermakna, rumah tumpangan St Bernadette misalnya boleh mempunyai sekitar 40 pekerja memandangkan ia merancang untuk menjaga 125 warga emas menjelang akhir tahun ini.

Namun masalahnya, adalah mendapatkan segera pekerja dengan kemahiran yang sesuai.

Kebanyakan penjaga datang dari Myanmar atau Filipina, dan kursus profesional boleh mencecah sehingga S$2,000 atau memakan masa sehingga setahun.

Dengan tiada kawal selia bagi kemahiran yang diperlukan setakat ini, rumah tumpangan ini turut mengendalikan pusat latihannya sendiri.

Pengarah St Bernadette Lifestyle Village Dr Brenda Wee berkata: "Selain kemahiran-kemahiran perubatan yang teras, sebahagian daripada kurikulum kami juga menerapkan seperti latihan jagaan sosial semasa berlakunya konflik, meleraikan konflik, norma budaya di Singapura, bagaimana mengemudi landskap warga emas di Singapura, kerana penjaga-penjaga muda ini datang dari budaya yang berbeza."

Satu lagi syarikat, Red Crowns menyewakan flat perumahan awam dan juga kondominium untuk menyediakan perkhidmatan ini.

Ia juga sedang mencari pekerja yang berpengalaman seperti bekas jururawat dari luar negara.

Kakitangannya juga akan mendapat pensijilan dalam jagaan warga emas atau sokongan pesakit.

Ini boleh memberi manfaat bagi ibu tua ini yang menghidap skizofrenia dan tinggal dengan tiga orang lain di flat yang sama.
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan