Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat binaan digesa pertingkat keselamatan tempat kerja, amal kaedah lebih baru & selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2022 07:51PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 09:49PM

SINGAPURA: Para kontraktor digesa mengamalkan kaedah pembinaan lebih baru bagi mengurangkan risiko kecederaan ke atas pekerja.

Ini termasuk penggunaan teknologi yang mengurangkan kegiatan mengangkat alat-alat berbahaya atau bekerja di tempat tinggi.

Gesaan itu dibuat berikutan lonjakan jumlah kemalangan maut di tempat kerja terutama di tapak binaan.

Batu-bata ala permainan 'Lego' antara kaedah pembinaan yang lebih cekap terutama bagi flat dan bangunan kilang.

Unit-unit sebegini dibuat di kemudahan khas dan kemudian dipasang di tapak binaan.

Kaedah PPVC ini juga dapat meningkatkan keselamatan para pekerja binaan.   

Satu lagi contoh adalah sistem 'baldi terbang' yang menghantar bahan konkrit ke pelbagai sudut projek, tanpa memerlukan lori simen. 

Ini mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan besar bagi sekitar 100 pekerja binaan di sini.

Persatuan Kontraktor Singapura berharap penggunaan teknologi sebegini dapat meningkatkan piawaian keselamatan dalam sektor tersebut.

Ini lebih-lebih lagi apabila syarikat-syarikat menggajikan lebih ramai pekerja hijrahan bagi menyelesaikan projek-projek yang tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan