Syarikat binaan ambil langkah lindungi pekerja setelah cuaca panas cecah paras rekod
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pekerja binaan. (Gambar: Xabryna Kek)
SINGAPURA: Sebilangan kontraktor berdepan dengan kelengahan sehingga dua bulan bagi projek-projek mereka.
Ini kerana ramai pekerja mereka jatuh sakit setelah cuaca panas mencecah rekod tertinggi minggu lalu.
Lantaran itu, kebanyakan kontraktor sedang meningkatkan pendekatan seperti membenarkan para pekerja untuk berehat lebih lama selain memastikan mereka minum air secukupnya.
Cuaca panas yang mencecah rekod tertinggi minggu lalu menjejas kesihatan para pekerja sektor binaan.
Syarikat Hitomo Construction misalnya menyaksikan antara 10 hingga 30 peratus pekerjanya jatuh sakit setiap hari sejak beberapa minggu lalu.
Syarikat berkenaan menambah, kelengahan yang dialaminya itu boleh menyebabkan jurang untung menguncup sebanyak 10 peratus.
Bagi firma Arc Urban Services pula, ia memantau pengambilan air para pekerjanya secara aktif melalui kumpulan sembang selain menyediakan kemudahan agar mereka tidak jatuh sakit.
Bagi membantu firma-firma menguruskan tekanan cuaca panas, syarikat-syarikat boleh merujuk kepada Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Ia juga mempunyai saranan-saranan seperti menyediakan kawasan rehat berteduh dan memastikan tubuh para pekerja tidak kekeringan.
Saranan berkenaan turut dilaksanakan syarikat Straits Construction yang menyediakan dua waktu rehat setiap hari.
Namun, syarikat itu menambah para pekerja juga perlu bersuara jika mereka berasa kurang sihat.
Ini selain saling menjenguk antara satu sama lain untuk melihat sama ada mereka mengalami tanda-tanda strok haba.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.