Syarikat Belgium rancang perluas, tubuh operasi di SG
Anggaran Waktu Membaca:
BRUSSELS: Syarikat-syarikat di Belgium bercadang untuk memperluaskan atau menubuhkan operasi di Singapura, di samping meneroka peluang baharu dalam bidang seperti daya tenaga dan rawatan kumbahan.
Inilah yang dibincangkan semasa sesi meja bundar antara Presiden Tharman Shanmugaratnam dengan wakil daripada lebih 30 syarikat Belgium, sempena lawatannya ke negara itu.
Kedua-dua negara kecil itu juga mempunyai ekonomi yang terbuka, dengan perdagangan sebagai nadi ekonomi.
Persamaan ini serta tadbir urus Singapura yang cekap, stabil serta daya tahan sektor niaganya merupakan antara faktor mengapa syarikat-syarikat Belgium cenderung untuk meluaskan perniagaan atau beroperasi di Singapura.
Lebih 30 pemimpin perniagaan Belgium yang ditemui Encik Tharman mewakili antara lain sektor seperti maritim, kewangan dan pengilangan.
Persekutuan Keusahawanan Belgium menyatakan, kedua-dua belah pihak boleh menjalin kerjasama bagi meraih peluang-peluang di sektor yang baharu muncul.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Persekutuan Perusahaan Belgium, Pieter Timmermans berkata: "Daya tenaga, rawatan kumbahan, bahan-bahan khas, daya tenaga alternatif dan sebagainya.
"Ia adalah sektor penting bagi Belgium. Jika ada satu perkara terpenting bagi para majikan, ia adalah kestabilan.
"Dalam dunia yang menghadapi ketegangan geopolitik saat ini, kami memerlukan kestabilan di Belgium. Kita mempunyai kestabilan di Belgium dan kestabilan di Singapura."
Presiden Tharman turut menemui beberapa badan bukan mencari untung untuk membincangkan isu keterangkuman dan pemerkasaan belia.
Badan-badan itu umumnya tertumpu kepada golongan belia - termasuk pesalah muda, para pendatang mahupun mereka yang kurang bernasib baik.
Dalam ucapan pembukaan beliau, Encik Tharman turut akur tentang cabaran untuk tangani kepincangan dalam masyarakat, walaupun dalam negara maju.
Beliau menambah, semangat kemasyarakatan kini semakin kendur, dengan lebih ramai pilih untuk mementingkan diri sendiri - sesuatu corak masyarakat maju, namun juga punya kelemahan.
Beliau menekankan peri penting bersikap merendah diri, serta memulihkan kembali hidup bermasyarakat dan semangat sukarela dalam kehidupan seharian.

Sumber : CNA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.