Syarikat Aliyah Rizq meterai perjanjian dengan Kemboja, jangka ternak 30,000 ekor lembu
Anggaran Waktu Membaca:

Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar (tiga dari kiri) bersama kakitangan syarikatnya dan rakan-rakan kerja dari Kambodia. (Gambar: Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar)
SINGAPURA: Syarikat penternakan tempatan, Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd, menebarkan lagi sayap ke luar negara - kali ini ke Kemboja pula.
Selain di Singapura, perniagaan ternakan syarikat itu juga beroperasi di lagi dua negara iaitu Malaysia dan Kenya.
Peluasan operasi syarikat itu ke Kemboja dapat direalisasikan menerusi sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama pihak berkuasa negara itu.
Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd menandatangani MoU itu pada 12 Januari 2025.
Menurut pemilik syarikat, Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar, MoU itu memfokuskan kepada penternakan haiwan lembu dalam jangka masa panjang.
Ini selain memastikan mutu kebajikan haiwan dan kebersihan tapak penternakan haiwan yang lebih baik di negara itu.
Projek utama dalam MoU tersebut adalah pembangunan ladang seluas 33,000 hektar di wilayah Krong Pursat.
Sebagai perbandingan, Singapura bersaiz sebesar sekitar 70,000 hektar.
Encik Ashraf berkata: "Pihak Kemboja ingin membangunkan satu industri penternakan di mana ada amalan yang bersih dan sempurna. Syarikat kami berperanan sebagai satu institusi yang akan cuba untuk berkongsi pengalaman setelah bertahun lamanya dalam bidang penternakan," jelas Encik Ashraf.
Selain itu, Encik Ashraf berkongsi bahawa peranan syarikatnya dalam kerjasama tersebut juga adalah untuk memastikan pihak Kemboja dapat mengukuhkan proses dan amalan berkaitan penyembelihan lembu secara Halal.
"Rumah-rumah sembelih yang besar memang selalunya mengikut amalan Halal. Namun, ia tetap tidak terlalu kemas. Banyak rumah sembelih di sana yang tidak terlalu mengikut piawaian operasi (SOP). Misalnya, proses penyembelihan, pencucian dan semuanya dilakukan di tempat yang sama. Cara yang baik adalah untuk mengadakan bahagian basah dan kering untuk menjalankan proses-proses tertentu," tambahnya.
Antara lain, MoU tersebut juga menurut Encik Ashraf merangkumi aspek untuk eksport daging-daging lembu ke pasaran halal luar negara seperti di rantau Indochina.
PROJEK JANGKA PANJANG SELAMA 15 TAHUN
Menurut Encik Ashraf, kerja-kerja asas bagi kemudahan di ladang tersebut sudah bermula sejak tiga bulan lalu.
Proses pembinaannya juga akan melalui beberapa fasa selama 15 tahun.
"Ladang tersebut perlu dibina daripada tanah lapang sedia ada. Fasa pertama merangkumi penanaman makanan seperti jagung untuk haiwan-haiwan dahulu. Kerja-kerja asas untuk mengukuhkan tanah juga sudah mula dilakukan. Selain itu, kami juga akan mula membangunkan struktur-struktur untuk kemudahan seperti kilang dalam fasa pertama ini," jelas Encik Ashraf.
Antara kemudahan lain yang akan dibina dalam ladang seluas 33,000 hektar itu termasuk beberapa makmal haiwan.
Encik Ashraf menerangkan bahawa makmal-makmal itu sebahagian besarnya adalah untuk memastikan mutu daging lebih bermutu tinggi.
"Kami boleh cuba memperbaiki baka-baka haiwan dan cuba untuk meningkatkan berat badan haiwan-haiwan itu. Ia akan menggunakan 'setting' yang berteknologi tinggi. Makmal-makmal tersebut juga akan digunakan untuk mengumpul data berkaitan haiwan-haiwan," jelas beliau.
Untuk tempoh 5 tahun akan datang, Encik Ashraf menjangkakan boleh menternak sekurang-kurangnya 30,000 ekor lembu di ladang tersebut.
IBADAH KORBAN 2025
Encik Ashraf berharap ladang yang akan dibangunkan dapat beroperasi sebelum Hari Raya Haji pada bulan Jun nanti.
Beliau menerangkan bahawa lembu-lembu yang diternak di ladang itu nanti juga boleh menjadi pilihan alternatif untuk ibadah korban bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura.
"Memandangkan kami yang menguruskan penternakan lembu-lembu di kemudahan di Kemboja, kami akan cuba untuk pastikan mutunya lebih tinggi, haiwan-haiwan lebih besar dan harga juga boleh dikawal supaya lebih berpatutan. Selain itu, bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura yang ingin melakukan korban ataupun sedekah nazar boleh yakin bahawa daging yang akan diagihkan terjamin lebih berat," kata Encik Ashraf.
Selain ladang itu, syarikat Aliyah Rizq Holdings Pte Ltd juga sebelum ini sudah ada pengalaman mengendalikan ibadah korban di Singapura dan luar negara.
Pada tahun lalu, syarikat itu mengimport lebih 800 ekor kambing biri-biri dari Australia untuk disembelih di Singapura.
Syarikat itu mengadakannya di lima buah lokasi, termasuk tiga masjid - Masjid Tentera Di Raja, Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus.
Menurut Encik Ashraf, hal-hal berkaitan ibadah korban tahun ini masih lagi dalam tahap perbincangan bersama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).
"Kami mengharapkan operasi yang lebih licin pada tahun ini. Mempelajari proses dan cabaran pada tahun-tahun sebelumnya, kami juga berharap agar ibadah korban tahun ini boleh dilakukan secara berpusat, untuk memastikan kami dapat mengawal operasi dengan lebih baik lagi," jelas Encik Ashraf.
Tahun lalu, syarikat itu melaksanakan proses baharu untuk menghantar kambing-kambing ke lokasi iaitu menggunakan 'forklift' berbanding tanjakan seperti lazimnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.