Syarikat AI global di SG harus bantu perkukuh keupayaan tenaga kerja tempatan: DPM Gan
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menggesa syarikat-syarikat kecerdasan buatan (AI) global yang bertapak di Singapura supaya mengukuhkan keupayaan tenaga kerja tempatan.
Tambah beliau, Singapura perlu terus berada di hadapan dan perkara tersebut boleh dilakukan dengan menarik lebih ramai bakat AI global ke negara ini.
"Jika kita ingin membina keupayaan AI di Singapura, kita mesti kekal terbuka kepada pasukan dan idea terbaik dari seluruh dunia.
"Ini menjadikannya lebih penting untuk AI menjana pekerjaan dan peluang lebih baik bagi rakyat Singapura.
"Apabila pasukan AI global bertapak di sini, mereka harus bantu mengukuhkan keupayaan Singapura dengan menguatkan pasukan tempatan, mengalihkan kepakaran, membina laluan kepimpinan dan mewujudkan peranan di mana rakyat Singapura boleh bekerjasama dengan bakat bertaraf dunia dalam masalah 'frontier'," kata Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Beliau berkata demikian di acara DBS yang membahaskan kesediaan menerapkan AI.
Encik Gan turut menyeru firma-firma untuk melabur dalam latihan pekerja agar mereka dapat kekal berdaya saing.
Semasa sesi soal jawab, antara isu yang dibangkitkan termasuk sejauh mana penggunaan AI kini menjadi satu keperluan mendesak, serta daya tarikan Singapura sebagai hab AI global.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.