Syarat sambung kontrak elektrik secara automatik diperketat mulai Jun 2026
Anggaran Waktu Membaca:
- Pengguna elektrik kediaman yang kontraknya diperbaharui secara automatik akan mendapat perlindungan yang lebih baik mulai 19 Jun 2026, termasuk tempoh pengecualian bayaran yang lebih lama untuk pemberhentian awal serta syarat pemberitahuan yang lebih ketat untuk pembekal, dedah Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Jumaat (19 Dis).
- Selepas rundingan dengan pembekal-pembekal elektrik, EMA akan memperkenalkan keperluan baharu berikut untuk peruncit mulai 19 Jun 2026:
- Pemberitahuan mesti dihantar melalui komunikasi sama ada e-mel atau pos dan komunikasi mudah alih (seperti SMS, WhatsApp atau melalui aplikasi mudah alih peruncit).
- Mengecualikan sebarang bayaran pembatalan awal untuk pengguna kediaman dalam tempoh 60 hari pertama pembaharuan automatik, bukannya 30 hari.
SINGAPURA: Pengguna elektrik kediaman yang kontraknya diperbaharui secara automatik akan mendapat perlindungan yang lebih baik mulai 19 Jun 2026, termasuk tempoh pengecualian bayaran yang lebih lama untuk pemberhentian awal serta syarat pemberitahuan yang lebih ketat untuk pembekal, dedah Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Jumaat (19 Dis).
Buat masa ini, syarikat pembekal elektrik boleh menawarkan kontrak elektrik yang akan diperbaharui secara automatik apabila tamat tempoh, dengan syarat yang ditentukan yang serupa dengan yang ada di bawah kontrak sedia ada dan tanpa memerlukan permohonan baharu.
Di bawah peraturan sedia ada, EMA mewajibkan peruncit-peruncit ini untuk:
- Memberitahu pengguna tentang pembaharuan automatik kontrak elektrik mereka yang akan datang sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum tamat tempoh kontrak
- Menetapkan kadar kontrak yang diperbaharui secara automatik tidak lebih tinggi daripada tarif terkawal semasa untuk pengguna yang membeli elektrik daripada syarikat utiliti awam SP Group
- Mengecualikan sebarang bayaran penamatan awal dalam tempoh 30 hari pertama pembaharuan automatik
Sekalipun demikian, EMA menyatakan ia menerima maklum balas daripada para pengguna kediaman bahawa mereka terlepas pemberitahuan pembekal yang memaklumkan mereka tentang pembaharuan kontrak automatik yang akan datang.
Apabila mereka menyedari pembaharuan automatik sudah selesai, ia sudah melepasi tempoh 30 hari. Ini bermakna mereka perlu membayar bayaran pembatalan awal jika mereka mahu menghentikan kontrak yang diperbaharui.
Pada tahun 2024, kira-kira 45,000 kontrak elektrik kediaman diperbaharui secara automatik – kira-kira 15 peratus daripada pembaharuan tahunan kediaman.
Selepas rundingan dengan pembekal-pembekal elektrik, EMA akan memperkenalkan keperluan baharu berikut untuk peruncit mulai 19 Jun 2026:
- Memberitahu pengguna kediaman sebanyak dua kali, bukannya sekali, tentang pembaharuan automatik kontrak mereka yang akan datang.
- Pemberitahuan pertama mesti dihantar sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum tamat tempoh kontrak dan yang kedua mesti dihantar dalam tempoh tiga hari sebelum atau pada hari pembaharuan automatik.
- Pemberitahuan mesti dihantar melalui komunikasi sama ada e-mel atau pos dan komunikasi mudah alih (seperti SMS, WhatsApp atau melalui aplikasi mudah alih peruncit).
- Mengecualikan sebarang bayaran pembatalan awal untuk pengguna kediaman dalam tempoh 60 hari pertama pembaharuan automatik, bukannya 30 hari.
Keperluan baharu ini tidak akan terpakai kepada pengguna yang membeli elektrik pada tarif terkawal daripada SP Group, jelas EMA.
"Penambahbaikan ini bertujuan untuk memastikan pengguna kediaman mempunyai maklumat yang jelas dan tepat pada masanya sebelum kontrak elektrik mereka diperbaharui secara automatik," kata Ketua Pegawai Eksekutif EMA, Puah Kok Keong.
"Ini akan memberi peluang untuk mereka menilai pilihan pembelian elektrik mereka dengan lebih baik dan memilih pelan elektrik pilihan mereka."
EMA menyatakan ia akan terus memantau dan kaji semula keperluan kawal selianya untuk melindungi kepentingan pengguna sambil menggalakkan ketelusan dan persaingan yang adil dalam pasaran elektrik.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.