Syarat pelesenan baharu untuk biak, jual kucing peliharaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarat pelesenan baharu bagi pembiakan kucing di Singapura kini diselaraskan dengan syarat-syarat sedia ada bagi anjing peliharaan.
Mulai November 2023, kedai haiwan peliharaan hanya boleh menjual kucing dari sumber-sumber atau pembiak kucing yang diluluskan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).
Langkah tersebut akan memastikan kesihatan dan kesejahteraan kucing yang dijual.
Syarat-syarat baharu itu diperkenalkan menyusuli satu tinjauan awam baru-baru ini mengenai pengurusan haiwan peliharaan dan kucing dalam masyarakat.
Menurut AVS, syarat-syarat pelesenan yang serupa itu akan membantu memastikan penguatkuasaan kawal sela kesejahteraan kucing peliharaan secara lebih cekap.
Ini akan meliputi perkara seperti pengesanan dan penempatan kucing, simpanan rekod serta penjualan dan pemindahan haiwan peliharaan.
Demi memastikan kesejahteraan kucing peliharaan, vaksinasi wajib terhadap virus yang boleh menjejas kesihatan kucing akan dilaksanakan.
Tinjauan AVS yang dijalankan pada tahun lalu mendapati hampir 80 peratus daripada lebih 30,000 responden bersetuju bahawa kucing peliharaan harus dipasang mikrocip dan lesen.

BACA: Ramai setuju kucing boleh dipelihara di rumah HDB: Tinjauan AVS
Kebanyakan responden juga menyokong untuk membenarkan kucing dipelihara di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
"Kami akan terus bekerja rapat dengan masyarakat untuk meningkatkan kesihatan dan kebajikan haiwan pendamping di samping meningkatkan piawai dalam sektor haiwan peliharaan," kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How.
"Saya harap anda akan menyokong kami sedang kami memperhalusi dan melaksanakan pendekatan pengurusan kucing yang disarankan dalam masa akan datang," tambah Encik Tan.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.