Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarat lebih ketat bagi kontraktor antara langkah baru perketat keselamatan tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2023 06:54PM Dikemas Kini : 23 May 2023 10:00PM

SINGAPURA: Para kontraktor bakal berdepan dengan syarat-syarat lebih ketat berhubung projek-projek pemerintah.

Para pegawai eksekutif kanan juga akan diwajibkan menyertai program-program keselamatan di tempat kerja.

Demikian antara langkah-langkah baru yang diusulkan Pasukan Bertindak Berbilang Agensi berhubung Keselamatan.

Rangkaian kamera yang merakamkan gerak geri para pekerja adalah sebahagian usaha untuk mencegah kes kematian dan kecederaan di tempat kerja. 

Pemantauan sistem kamera berkenaan tidak diwajibkan tetapi menurut pihak kontraktor, membantu mereka memenangi projek berdasarkan rekod yang baik.

Malah mulai Jun depan, sistem pemantauan kamera diwajibkan bagi projek bernilai lebih S$5 juta.

Ia sebahagian langkah keselamatan baru yang dilancarkan oleh pasukan bertindak yang merangkumi Kementerian Tenaga Manusia (MOM), kesatuan sekerja dan para pemimpin industri.

Turut dilancarkan ialah satu kempen untuk menggalakkan para pekerja melaporkan sebarang masalah keselamatan.

"Satu rangka kerja membuat laporan dalam syarikat dapat membantu para pekerja  bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka dan rakan sekerja dengan melaporkan amalan tidak selamat kepada pihak majikan. 

"Kami sudah lihat bagaimana usaha bersepadu MOM, agensi sektor, kesatuan sekerja, kerjasama industri dan bagaimana ini telah membantu memperbaiki insiden keselamatan di tempat kerja semasa tempoh keselamatan dipertingkat (HSP)," ujar Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan