Syarat latihan lebih ketat bagi ejen hartanah mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan rumah-rumah privet dan kondominium eksekutif di Singapura. (Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Syarat latihan lebih ketat akan diperkenalkan bagi ejen-ejen hartanah mulai 2025.
Langkah itu bagi memastikan sektor tersebut dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan dan sekitaran perniagaan yang berubah-ubah.
Kriteria lebih ketat akan diperkenalkan untuk memperbaharui lesen.
Ejen-ejen hartanah juga perlu selesai menjalani latihan selama 16 jam dalam setahun, berbanding enam jam sekarang.
Kursus latihan yang akan dijalankan juga merangkumi undang-undang hartanah dan etika, kepimpinan dan khidmat pelanggan.
Para pelatih pula perlu memenuhi piawai mutu yang lebih ketat bagi memperbaiki kandungan dan penyampaian latihan.
Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata ejen hartanah memainkan peranan penting dalam landskap dan ekonomi hartanah Singapura dan mereka harus mengikuti perkembangan dan trend pasaran.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.