Swiss-Asia Financial Services didenda S$2.5 juta kerana langgar peraturan MAS
Syarikat Swiss-Asia Financial Services didenda sebanyak S$2.5 juta kerana melanggar peraturan antipengubahan wang haram dan antipembiayaan pengganasan.
Gambar fail bangunan Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), syarikat pengurusan harta dan dana itu berkembang dengan ketara antara September 2015 dengan Oktober 2018.
Sungguhpun demikian, kawalan pematuhannya tidak selaras mendedahkannya kepada risiko jenayah kewangan.
Syarikat itu juga melanggar beberapa peraturan lain.
Ini termasuk tidak melakukan pemeriksaan yang sewajarnya terhadap klien mereka sebelum menjalin hubungan perniagaan.
Ia juga gagal menyerahkan laporan urus niaga yang mencurigakan.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga telah menegur ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai operasi syarikat itu kerana gagal melaksanakan tugas mereka bagi mengelakkan pelanggaran peraturan-peraturan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.