Sweet Charity jadi peran contoh kepada penghuni Darul Islah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 40 penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah) menerima kunjungan istimewa kumpulan rock lagenda tempatan Sweet Charity hari ni (10 Sep).
Acara "An Afternoon with Sweet Charity" itu dianjurkan Darul Islah dengan kerjasama syarikat POS TKI Logistics.
Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha mendampingi dan menyokong proses pemulihan para penghuni Darul Islah untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
Selama dua setengah jam, para penghuni berpeluang berinteraksi, mendengar kata-kata nasihat dan perangsang daripada anggota-anggota kumpulan itu.
Mereka turut dihiburkan dengan satu persembahan akustik lagu-lagu klasik popular seperti ‘Kamelia’ dan ‘Teratai’.
Datuk Ramli Sarip yang turut memberikan kata-kata semangat menekankan pentingnya mendapatkan restu daripada ibu bapa dalam apa jua yang ingin dilakukan
Beliau berkata kumpulan rock itu berjaya mengekalkan imej bersih sepanjang 50 tahun dalam industri hiburan,
"Yang membolehkan kita sampai bertahan itu adalah kerana kami masih berpegang budaya. Maknanya budaya kita dan agama. Ibu dan ayah kita memainkan peranan yang penting dalam itu dan juga pergaulan itu kena pilih. Kita tidak boleh terlalu memilih, tapi kena pilih yang mana yang terbaik," kata Dato Ramli Sarip kepada BERITA Mediacorp.
Diharapkan pencapaian Sweet Charity itu menjadi inspirasi bagi para penghuni rumah itu.
"Mereka adalah bukti dan contoh nyata bahawa seseorang itu boleh berjaya dalam muzik dan hidup, tanpa terjerat dengan dadah. Kejayaan mereka bersandar pada usaha gigih, bakat yang sedia ada dan imej yang bersih," kata pengerusi Darul Islah, Encik Siraj Salman
Pengasas dan Pengarah, POS TKI Logistics Encik Anwar Tahar turut berkongsi kisah-kisah inspirasi kepada para penghuni itu.
Menurutnya, bekas penghuni Rumah Peralihan Darul Islah yang yang kini bekerja dalam syarikatnya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.
"Semua orang melakukan kesalahan. Kita sendiri juga diberi peluang. Saya berpendapat ia adil bagi mereka juga diberi peluang. Ternyata kebanyakan yang bekerja dengan kami ini punya bakat yang luar biasa. Kita tidak menyesal menggajikan mereka," kata Encik Anwar.
Para penghuni dan bekas penghuni rumah Peralihan Darul Islah akan diberikan peluang eksklusif untuk menghadiri 'Konsert Ribut - Lima Dekad Bersama Sweet Charity' pada 14 Oktober nanti di The Star Theatre.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.