Suzana Sazali rangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Jiu-Jitsu Jeddah
Suzana Sazali (dua dari kanan), 39 tahun, merupakan satu-satunya atlit yang mewakili Singapura, dalam kejohanan tersebut. (Gambar: Instagram/Saudi_JJF)
Suzana Sazali, 39 tahun, merupakan satu-satunya atlit yang mewakili Singapura, dalam kejohanan tersebut.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 11 Februari, yang menyaksikan penyertaan atlit dari pelbagai negara.
Cik Suzana berjaya mengalahkan seorang peserta dari Syria untuk melangkah ke pusingan terakhir, di mana beliau kecundang di tangan peserta dari Arab Saudi.
Kejohanan tersebut bukan penyertaan pertama bagi Cik Suzana dalam kejohanan sedemikian.
Beliau pernah mengutip pingat perak dalam dua kejohanan yang disertainya empat tahun lalu, iaitu Kejohanan Jiu-Jitsu Terbuka KSA dan Kejohanan Jiu-Jitsu Terbuka Jeddah.
Konsulat Jeneral Singapura di Jeddah mengucapkan tahniah kepada Cik Suzana atas pencapaiannya di kejohanan tersebut dan menzahirkan kebanggaan mereka terhadap Cik Suzana yang sudah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.