Skip to main content

Singapura

SUTD & LASALLE jalin kerjasama cipta kenderaan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
SUTD & LASALLE jalin kerjasama cipta kenderaan elektrik

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Sep 2023 08:15PM
SINGAPURA: Pelajar daripada Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Maktab Seni LASALLE menjalin kerjasama untuk mencipta kenderaan elektrik.

Projek itu akan mengajar para pelajar tentang peri pentingnya bentuk dan fungsi dalam proses mereka produk.

Model dan bahan-bahannya dicipta sendiri oleh para pelajar, sebelum memasang kenderaan elektrik itu.

Buat masa ini, mereka sudah menyiapkan struktur dalaman kereta itu dan merancang untuk selesai membina badannya sebelum Januari tahun depan.

Penasihat Projek Khas SUTD Profesor Lim Seh Chun berkata: "Ideanya adalah untuk membolehkan para pelajar menggunakan apa yang dipelajari dalam kelas pada projek-projek kehidupan sebenar. Dan kereta sebenarnya mempunyai sistem yang sangat kompleks. Oleh itu mengikut pengalaman saya, jika para pelajar boleh benar-benar mereka sebuah sistem yang kompleks pada saiz sebenar seperti sebuah kereta, anda boleh mereka apa-apa yang kompleks dalam kerjaya anda nanti."
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita