Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SUTD, Ecole 42 tawar program belajar sendiri hasilkan perancang digital bagi industri

Satu program belajar sendiri sepenuhnya akan ditawarkan untuk menghasilkan perancang digital bagi industri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2021 09:00PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 09:18PM

SINGAPURA: Satu program belajar sendiri sepenuhnya akan ditawarkan untuk menghasilkan perancang digital bagi industri.

Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan sekolah perancangan digital Perancis, Ecole 42 sudah memeterai Memorandum Kesefahaman (MOU) untuk menyiapkan program itu yang diberi nama '42 Singapore'.

Sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh menyertai program itu tanpa mengira prestasi akademik mereka sebelumnya.

Syarat penyertaannya hanya berdasarkan prestasi mereka dalam ujian bakat yang dilakukan secara online dan 'bootcamp'.

Program itu mempunyai 21 peringkat yang perlu diselesaikan para pesertanya.

Sumber : CNA/MU/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa