Skip to main content

Singapura

SUSS tubuh sekolah khusus untuk kerja sosial, dengan 300 siswa setiap tahun

Sebuah sekolah khusus untuk kerja sosial membuka pintunya di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Anggaran Waktu Membaca:
SUSS tubuh sekolah khusus untuk kerja sosial, dengan 300 siswa setiap tahun

Sebuah sekolah khusus untuk kerja sosial dibuka di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 04 Sep 2025 07:40PM
SINGAPURA: Sebuah sekolah khusus untuk kerja sosial membuka pintunya di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Kira-kira 300 pelajar akan diambil setiap tahun. Para pelajar boleh mengambil pengkhususan dalam bidang-bidang seperti jagaan warga emas dan perlindungan kanak-kanak.

Majoriti daripada lulusan jurusan tersebut dijangka menyertai sektor khidmat sosial apabila tamat pengajian nanti.

Antara mereka yang sudahpun diambil sebagai pelajar sambilan fakulti baharu itu ialah Siti Norhanisah Rahmat.

Sejak 13 tahun lalu, beliau bertugas dalam bidang sokongan bagi mereka yang mengalami penyakit mental.

Cik Siti berkongsi bahawa ekoran perubahan landskap dan profil pesakit, kursus itu akan dapat melengkapinya dengan pengetahuan yang lebih menyeluruh.

"Sekarang ini saya bekerja sebagai seorang Penyelaras Pusat Kanan di ...Homes. Klien-klien saya di situ sekarang ini lebih muda berbanding dengan beberapa tahun yang lalu... Jadi, kiranya kalau saya tidak sambung sekolah, saya tidak akan belajar semua ini, pengalaman yang sebenarnya saya boleh bawa ke tempat kerja saya," kata Cik Siti.

Pada masa yang sama, SUSS akan terus memajukan program-program sedia ada. Ini termasuk tiga kursus sambilan yang akan mengambil dua kohort setahun, iaitu pada Januari dan Julai.

Pengambilan bagi program sepenuh masa pula dibuat pada Ogos.

Program-program kemahiran semula bagi individu pertengahan kerjaya yang mahu menjadi pekerja sosial bertauliah, juga akan diadakan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita