Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SUSS tawar program diploma graduan, sarjana jurusan penterjemahan, infokom

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) kini menawarkan kursus Diploma Graduan dalam jurusan Penterjemahan dan Teknologi (GDTT).

Anggaran Waktu Membaca:
SUSS tawar program diploma graduan, sarjana jurusan penterjemahan, infokom

Gambar fail Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura, SUSS. (Gambar: SUSS/Facebook)

SINGAPURA: Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) kini menawarkan kursus Diploma Graduan dalam jurusan Penterjemahan dan Teknologi (GDTT).

GDTT akan mempersiapkan para siswa yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang infokom media dan khidmat profesional.

"Ia menggabungkan seni penterjemahan bersama dengan kemajuan teknologi untuk menyuntik kekayaan budaya dalam perniagaan dan pemasaran," menurut laman universiti berkenaan.

Dalam pada itu, para siswa juga berpeluang mempelajari cara-cara untuk memanfaatkan pelbagai sofwe bagi memperbaiki dan mempertingkatkan mutu penterjemahan, di samping menguruskan projek-projek penterjemahan berdasarkan konteks tempatan dengan lebih cekap dan berkesan.

Ini kerana mereka dijangka akan memupuk tahap kepekaan yang tinggi dalam menggarap perbezaan sosio-budaya dan geopolitik untuk mewujudkan pengalaman menarik bagi para pelanggan global mereka.

Menurut laman universiti itu lagi, program tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Asia yang dikhususkan kepada penterjemahan mesin dan berdasarkan konteks tempatan dengan Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Ia juga adalah satu-satunya program penterjemahan di Singapura yang mengambil masuk para siswa yang fasih dalam bahasa Cina, Melayu atau Tamil dan Inggeris.

Malah, struktur program itu juga memberikan para siswa pilihan untuk mendapatkan Sijil Graduan dalam jurusan penterjemahan atau melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat Sarjana Pengurusan (Penterjemahan dan Teknologi).

Mereka yang berminat boleh mendapatkan perincian lanjut di laman SUSS.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan