SUSS tawar program 4 tahun dengan lesen juruterbang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mereka yang berminat menjadi juruterbang pesawat komersil kini berpeluang mendapatkan lesen dalam tempoh empat tahun, bukan lagi enam tahun sebagaimana biasanya.
Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang menggenggam ijazah sarjana muda Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Program terbaharu SUSS ini bertujuan menambah bekalan juruterbang berkelayakan, sedang sektor penerbangan pulih dan dijangka pesat berkembang.
Program hasil kerjasama Maktab Penerbangan Singapura (SFC) dan SUSS ini merupakan yang pertama seumpamanya di Singapura.
Latihan penerbangan menggunakan kurikulum sedia ada SFC, iaitu sebuah anak syarikat SIA, untuk melatih juruterbang masa hadapan.
Seramai 25 mahasiswa akan diambil dalam kohort perintis program SUSS yang dijangka bermula tahun depan.
Naib Presiden Bersekutu Perkongsian & Pelibatan Strategik SUSS, Prof Madya Justina Tan berkata: "Kami sedang menubuhkan sebuah lembaga terdiri daripada para pengamal penerbangan, serta pakar-pakar demi memastikan sudut keselamatan tidak dikompromi.
"Jadi ia akan meliputi mereka dari Maktab Penerbangan Singapura, CASS dan mungkin syarikat penerbangan lain."

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.