Skip to main content

Singapura

SUSS pecat pensyarah yang bocorkan soalan dan jawapan peperiksaan

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) memecat seorang pensyarah kerana membocorkan soalan dan jawapan peperiksaan, kata seorang jurucakap pada Rabu (Nov 28). "SUSS mengesahkan bahawa khidmat anggota fakulti itu ditamatkan serta merta," 

Anggaran Waktu Membaca:
SUSS pecat pensyarah yang bocorkan soalan dan jawapan peperiksaan

Gambar fail Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura, SUSS. (Gambar: SUSS/Facebook)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 11:50AM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 11:54AM

SINGAPURA: Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) memecat seorang pensyarah kerana membocorkan soalan dan jawapan peperiksaan, kata seorang jurucakap pada Rabu (Nov 28).

"SUSS mengesahkan bahawa khidmat anggota fakulti itu ditamatkan serta merta," tambahnya. "Beliau didapati mendedahkan soalan dan jawapan tersebut dalam dua kelas ulang kaji yang dikendalikannya."

SUSS tidak mendedahkan jika pembocoran itu dilakukan secara sengaja oleh pensyarah berkenaan.

Di masa akan datang, universiti itu akan merakam semua kelas ulang kaji, tambah jurucakap tersebut.

Meskipun peraturan itu sudah dilaksanakan bila pembocoran berlaku, tiada rakaman dibuat dalam kes ini kerana ia merupakan kelas tambahan.

Awal sebelum ini, SUSS menyatakan bahawa 590 pelajar sambilan dan sepenuh masa yang terjejas oleh pembocoran itu perlu memilih sama ada untuk menerima Markah Penilaian Berterusan Keseluruhan sebagai gred muktamad mereka, atau menduduki kertas peperiksaan tambahan yang dijadualkan pada 4 Disember. 

Sumber : CNA/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita