SUSS gandakan dana sokongan kewangan, biasiswa mulai 2020
Universiti Sains Kemasyarakat Singapura (SUSS) akan menggandakan peruntukan bagi bantuan kewangan dan biasiswa mulai tahun depan.
SINGAPURA: Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan menggandakan peruntukan bagi bantuan kewangan dan biasiswa mulai tahun depan.
Berucap di majlis konvokesyen SUSS. Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata semangat keusahawanan dan kemasyarakatan yang kukuh menjadi tunjang utama kurikulum universiti tersebut.
SUSS merancang untuk memperuntukkan S$2 juta setiap tahun daripada hasil pelaburannya untuk membantu seberapa ramai pelajar sepenuh masa dan sambilan.
Buat masa ini, sekitar 1,000 pelajar menerima sokongan kewangan daripada SUSS. Dengan peruntukan dipertingkat tersebut, lebih ramai penuntut dijangka meraih manfaat.
Langkah tersebut bagi memastikan pendidikan tinggi terus dalam kemampuan ramai.
Lebih 2,000 graduan akan menerima ijazah mereka sepanjang tiga hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.