Suspek terakhir dibicarakan dalam pembunuhan di Orchard Towers
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suspek terakhir dalam pembunuhan seorang lelaki di Orchard Towers pada 2019, Tan Sen Yang, dibicarakan atas tuduhan membunuh pada Selasa (3 Okt).
Tujuh orang, termasuk Tan, pada mulanya didakwa membunuh dengan niat bersama, selepas Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, maut berikutan pergaduhan di Orchard Towers pada 2 Julai 2019.
Dakwaan terhadap enam suspek lain, Joel Tan Yun Sheng, Chan Jia Xing, Ang Da Yuan, Loo Boon Chong, Tan Hong Sheng dan Natalie Siow Yu Zhen, dikurangkan. Kesemua suspek sudah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman.
Tan, yang kini berusia 32 tahun, adalah suspek terakhir untuk dibicarakan dan satu-satunya yang dikenakan tuduhan membunuh. Jika disabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup.
Dia meminta dibicarakan dan diwakili pasukan peguam terdiri daripada Encik Teo Choo Kee, Encik Subir Singh Grewal dan Encik Nichol Yeo.

Pada Selasa, Timbalan Pendakwa Raya Hay Hung Chun berkata pihak pendakwa akan membuktikan Tan menyebabkan luka tikaman pada leher Encik Satheesh, dan perbuatannya disengajakan.
Pihak pendakwa akan mengemukakan bukti daripada 47 saksi sepanjang perbicaraan selama dua minggu. Kesemua enam lelaki yang dituduh bersama Tan dijangka memberikan keterangan.
Tan juga berdepan dua lagi dakwaan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan akibat tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Kedua-dua dakwaan diketepikan ketika perbicaraan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.