Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek serangan bersenjata di Boon Lay Drive dibawa ke tempat kejadian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam serangan menggunakan senjata berbahaya di Boon Lay Drive dibawa pegawai polis ke tempat jenayah itu berlaku pada Jumaat (8 April).

Kedua-dua lelaki itu dibawa secara berasingan ke tempat letak kereta yang dihadang polis. Mereka juga dibawa ke kedai rambut di blok 175 Boon Lay Drive dan dua taman berhampiran.

Pegawai polis berpakaian preman dilihat mengiringi mereka sambil menyoal semasa berjalan di kawasan itu. Di tempat letak kereta, kedua-dua suspek berhentikan buat seketika di kawasan di mana terdapat kesan darah di lantai.

Kedua-dua lelaki itu, berusia 20 dan 21 tahun, ditangkap pada Khamis petang (7 April) sehari selepas polis melancarkan satu gerakan memburu suspek.

Mereka didakwa mencederakan dua lelaki lain, berusia 22 dan 23 tahun, di tempat letak kereta Boon Lay Drive. Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima panggilan meminta bantuan di blok 175 Boon Lay Drive pada sekitar pukul 5.02 petang Rabu (6 April).

SPF menyatakan dua suspek berkenaan diberkas pada Khamis sekitar 4.05 petang di Woodlands Street 12.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua suspek itu mengenali dua mangsa tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dua lelaki berkenaan kelihatan memegang apa yang kelihatan seakan senjata berbilah panjang di tempat letak kereta.

Kejadian itu merupakan insiden terbaru di mana terdapat lelaki menghayunkan senjata berbilah yang menimbulkan ancaman di tempat awam.

Pada 23 Mac, seorang lelaki berusia 64 tahun yang bersenjatakan pisau meninggal dunia selepas ditembak polis.

Seminggu sebelum itu seorang lelaki 37 tahun dirakam di Buangkok Crescent, menghayun pedang ke arah seorang pejalan kaki dan menghentak kereta yang lalu di situ.

Pada Mac juga, seorang lelaki 27 tahun didakwa membaling "pisau tembikai" ke arah seorang pegawai polis di Bukit Batok.

Terdapat 150 kes jenayah berkaitan dengan pisau sepanjang lima tahun lalu dan jumlah tersebut tidak berubah, kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Desmond Tan di Parlimen pada Isnin (4 April).

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan