Suspek serang paderi Gereja Holy Spirit adalah individu berkeperluan khas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Church of the Holy Spirit)
SINGAPURA: Seorang paderi yang diserang di Gereja Holy Spirit pada pagi Ahad (9 Feb) memberitahu Mediacorp bahawa kepalanya ditumbuk oleh seorang individu berkeperluan khas.
Paderi Cary Chan berkata kesan daripada tumbukan itu menyebabkan cermin matanya terjatuh dan ia satu kejadian yang tidak diduganya sama sekali.
"Dia menumbuk kepala saya... Saya berasa terkejut, saya benar-benar tidak menyangka penumbuk itu daripadanya," kata Paderi Chan sekitar tiga jam selepas kejadian itu berlaku.
Paderi Chan menyifatkan individu itu sebagai individu berkeperluan khas dan buta separa yang sering ke gereja tersebut.
"Kemungkinan besar dia tidak kenal siapa yang dia tumbuk," katanya.
"Saya mengenalinya dengan baik. Saya rasa dia tidak mengenali saya. Dia tidak dapat melihat orang lain dengan begitu jelas."
Dalam satu kenyataan, polis menyatakan seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas selepas dia dipercayai menyerang seorang paderi di sebuah gereja di Upper Thomson Road.
Dia akan dirujuk ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi penilaian lanjut, menurut polis.

SUSPEK MARAH SELEPAS BEGNYA DIAMBIL
Kejadian itu berlaku selepas upacara keagamaan di gereja itu pada pukul 9.30 pagi, apabila lelaki itu mula menjerit sekuatnya dan "menyebabkan kekecohan", kata Paderi Chan.
"Saya terpaksa mendekatinya lalu memintanya supaya mengikuti saya ke luar gereja," katanya.
Seorang individu telah mengambil begnya daripada gereja lalu membuatnya berasa marah, kata paderi berkenaan.
"Dia berasa sangat marah dan mendesak agar begnya dipulangkan."
Sejurus selepas begnya dipulangkan, suspek bertindak menumbuk Paderi Chan.
Seorang sukarelawan dari pasukan keselamatan gereja segera menghalang suspek lalu menghubungi polis.
Walaupun selepas insiden itu berlaku, Paderi Chan memimpin upacara keagamaan seterusnya pada pukul 11.30 pagi.
Para penganut yang ditemui Mediacorp berkata beliau berada dalam keadaan tenang dan tidak kelihatan terjejas oleh kejadian itu.
"Kepala saya terasa berdenyut semasa upacara keagamaan Misa pada pukul 11.30 pagi, tetapi saya tidak mahu mereka tahu," katanya.
Seorang pelayan altar yang menghadiri upacara misa itu berkata Paderi Chan tidak menyebut tentang insiden itu dan "beliau kelihatan biasa-biasa sahaja.. tiada kelainan".
Seorang penganut bernama Encik Lee berkata beliau tiba di gereja itu pada kira-kira pukul 11.20 pagi dan melihat sekurang-kurangnya lima pegawai polis mengiringi lelaki itu.
Menurutnya lelaki itu tidak digari dan dibawa pergi oleh pegawai polis.
Encik Lee mengesahkan lelaki itu berkeperluan khas dan "sering mengelamun dalam dunianya sendiri".
Dia sering menyepikan diri dalam gereja dan kadangkala berdiri semasa upacara keagamaan misa atau cuba menyertai koir gereja.
"Tetapi dia tidak berbahaya," kata Encik Lee yang berusia 60 tahun.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.