Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek rompakan bersenjata di kedai Chinatown ditangkap

Seorang lelaki 37 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di Chinatown, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek rompakan bersenjata di kedai Chinatown ditangkap

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 01:02PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 01:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 37 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di Chinatown, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (25 Sep).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes rompakan bersenjata di sebuah kedai di Temple Street pada Jumaat sekitar 3.15 pagi.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu didakwa melakukan rompakan dengan mengacu pisau ke arah mangsa dan menuntut wang tunai," kata SPF.

"Atas rasa takut, mangsa mematuhi arahan tersebut dan menyerahkan wang tunai kira-kira S$1,000 sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan wang tersebut."

Mangsa tidak cedera.

Menyusuli siasatan dengan bantuan gambar dari kamera polis, pihak berkuasa menahan suspek di Lorong 1 Toa Payoh pada pagi itu.

"Sebilah pisau ditemui dan dirampas sebagai bahan bukti kes," menurut SPF, sambil menambah bahawa lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara tiga dengan 14 tahun, dengan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Polis juga sedang mencari seorang lelaki bernama Angelo Ng Chek Kiang untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Kami meminta siapa saja yang mempunyai maklumat untuk menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengirimkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/i-witness," kata SPF.

"Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan. Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa melindungi orang yang sedang diburu pihak berkuasa adalah satu kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman penjara dan denda."

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa