Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek kes dua pembunuhan di Woodlands diiring ke tempat kejadian

Lelaki yang dituduh membunuh isteri dan anak perempuannya di flat Woodlands mereka bulan lalu, sudah dibawa kembali ke tempat kejadian jenayah itu, petang tadi (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes dua pembunuhan di Woodlands diiring ke tempat kejadian

Teo Ghim Heng, dibawa kembali ke tempat kejadian di Blok 619, Woodlands Drive 52 di mana dia dipercayai membunuh isterinya. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 10 Feb 2017 04:50PM Dikemas Kini : 10 Feb 2017 04:51PM

SINGAPURA: Lelaki yang dituduh membunuh isteri dan anak perempuannya di flat Woodlands mereka bulan lalu, sudah dibawa kembali ke tempat kejadian jenayah itu, petang tadi (10 Feb).

Teo Ghim Heng, 41 tahun, seorang warga Singapura, diiringi para pegawai polis ke Blok 619, Woodlands Drive 52. Mereka menaiki lif ke tingkat enam, namun turun kembali sejurus selepas itu dan meninggalkan tempat itu dengan menaiki van.

Teo didakwa pada 30 Januari lalu atas pembunuhan isterinya, Choong Pei Shan, 39 tahun, yang hamil ketika itu. Anak perempuan mereka berusia 4 tahun juga ditemui mati di bilik tidur itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Januari namun mayat kedua-dua mereka hanya ditemui lapan hari kemudian, pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Jika didapati bersalah membunuh, Teo boleh dihukum mati.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan