Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek kedua rompakan bersenjata di kedai Chinatown ditangkap

Suspek kedua rompakan bersenjata di sebuah kedai di Chinatown berjaya ditangkap, menurut polis pada Isnin (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kedua rompakan bersenjata di kedai Chinatown ditangkap

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 04:11PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 04:16PM

SINGAPURA: Suspek kedua rompakan bersenjata di sebuah kedai di Chinatown berjaya ditangkap, menurut polis pada Isnin (27 Sep).

Angelo Ng Chek Kiang, 41 tahun, ditangkap di Hougang Avenue 5 pada Ahad sekitar 3.20 petang. Polis sebelum itu mengeluarkan rayuan meminta maklumat mengenai keberadaan Ng untuk membantu dalam siasatn mereka.

Suspek pertama, Goh Soon Kim, 37 tahun, diberkas pada Jumaat dan dihadapkan di mahkamah pada Sabtu kerana disyaki terbabit dalam rompakan itu.

Polis menyatakan ia dimaklumkan mengenai satu kes rompakan bersenjata di sebuah kedai di Temple Street pada Jumaat sekitar 3.15 pagi.

Menurut polis, Goh didakwa mengacukan pisau ke arah mangsa dan menuntut diberi wang tunai.

Ng akan di dakwa pada Selasa atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata dengan niat yang sama, yang membawa hukuman penjara tiga hingga 14 tahun dan sebatan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Sumber : CNA/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan