Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek dinamakan sebagai penerima simpanan CPF wanita SG dibunuh di Sepanyol

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita warga Singapura di Sepanyol adalah penerima wang simpanan CPF mangsa, lapor media Sepanyol pada Isnin (3 Jun).

Menurut laporan media di Sepanyol,
suspek yang dikenal pasti sebagai Mitchell Ong diberkas pada 16 April lalu atas tuduhan membunuh Cik Audrey Fang ketika beliau sedang bercuti di Sepanyol.

Akhbar Sepanyol La Verdad melaporkan hari ini (3 Jun) bahawa pihak mahkamah telah menerima pengesahan daripada Lembaga CPF bahawa Cik Fang telah menamakan Ong sebagai penerima simpanan CPF beliau.

Menurut laporan itu, simpanan Cik Fang dalam akaun CPF adalah sekitar S$500,000.

Polis Sepanyol sedang menyiasat motif di sebalik pembunuhan Cik Fang.
Pihak berkuasa Sepanyol menemui draf borang pencalonan CPF pada iPad Cik Fang bertarikh 24 Mac yang menyatakan bahawa mendiang telah memutuskan untuk mencalonkan orang yang tidak dikenali untuk simpanan CPFnya kerana orang itu adalah "rakan lamanya dan orang kepercayaannya".
 
La Verdad melaporkan bulan lalu bahawa mahkamah Sepanyol telah meminta pihak berkuasa Singapura untuk maklumat perbankan dan insurans kedua-dua suspek dan mangsa.

Keluarga Cik Fang pada April mendapat tahu bahawa mendiang membeli dua polisi berkaitan insurans daripada Ong pada 2015.
Sebelum ini, keluarga Cik Fang tidak tahu-menahu tentang hubungannya dengan Ong.

Ketika itu, keluarga Cik Fang berkata bahawa mereka akan menghubungi pihak berkuasa untuk memastikan sama ada Ong adalah penerima polisi insurans atau simpanan CPFnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan