Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek diberkas susuli rompakan bersenjata di kedai serbaneka di Pasir Ris

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek diberkas susuli rompakan bersenjata di kedai serbaneka di Pasir Ris

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 03 Feb 2023 01:48PM Dikemas Kini : 03 Feb 2023 01:49PM
SINGAPURA: Seorang lelaki, 31 tahun, ditangkap polis kerana disyaki terbabit dalam rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Pasir Ris Street 11, pada Rabu (1 Feb).

Polis menyatakan pihaknya dihubungi mengenai rompakan itu, sekitar pukul 1.50 pagi.

Hasil siasatan awal menunjukkan lelaki berkenaan yang dikatakan membawa pisau mendesak mangsanya menyerahkan wang dari tempat simpan wang.

Mujur tiada orang cedera dalam kejadian itu.

Lelaki yang disyaki, ditangkap polis dalam masa 18 jam selepas rompakan berlaku.

Polis turut menyita wang tunai S$276, sebilah pisau, baju dan barangan lain daripada lelaki itu.

Jika sabit kesalahan melakukan rompakan bersenjata, dia boleh dijatuhi hukuman penjara selama antara tiga dan 14 tahun, dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis Justin Wong, lelaki tersebut melakukan tindakan berani dengan merompak. Beliau menambah bahawa pihak polis akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan para pesalah diberkas dan ditangani berdasarkan undang-undang dengan segera.

Orang awam yang berdepan dengan kes sedemikian dinasihatkan supaya kekal tenang, perhatikan penampilan fizikal dan ciri khas pelaku, dan menghubungi polis secepat mungkin.
Sumber : CNA/MU/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan