Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek bersiri diberkas; perdaya mangsa melalui Telegram

Polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun yang disyaki terbabit dalam satu siri penipuan, menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun yang disyaki terbabit dalam satu siri penipuan, menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (26 Mac).

Polis menerima aduan pada 12 Feb oleh seorang mangsa yang mendakwa dirinya ditipu oleh seorang penjual kredit permainan online menerusi wadah pesanan Telegram.

Mangsa membuat bayaran kepada suspek menerusi PayNow dan suspek tidak mengirimkan kredit permainan selepas menerima bayaran tersebut dan tidak lagi dapat dihubungi selepas itu.

Para pegawai Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti dan menangkap suspek pada Rabu (24 Mac).

Hasil siasatan mendapati, lelaki itu terbabit dengan sebilangan kes penipuan lain.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atas setiap tuduhan menipu.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berikut bagi mencegah penipuan ketika membeli-belah online:

- Dapatkan perlindungan pembeli dengan menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan wadah beli-belah online yang melepaskan bayaran kepada pihak penjual hanya selepas barangan dihantar, atau gunakan wadah-wadah e-dagang yang diyakini untuk berurus niaga dengan penjual barangan dan penyedia khidmat.

Selagi boleh, elak membuat bayaran pendahuluan atau memindahkan wang kepada penjual secara langsung.

- Para penipu mungkin mempelawa pembeli untuk menghubungi mereka secara langsung menerusi wadah-wadah pesanan seperti Telegram, WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan harga lebih berbaloi atau urus niaga lebih pantas jika wang dipindahkan langsung ke akaun bank mereka.

Mereka juga mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau menyediakan salinan kad pengenalan atau lesen memandu untuk menyakinkan para pembeli bahawa mereka adalah penjual yang jujur dan telus. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat sedemikian.

- Jika harga yang ditawarkan terlalu menarik, orang ramai perlu memeriksanya terlebih dahulu.

Beli barangan daripada penjual bertauliah atau sumber-sumber berwibawa, lebih-lebih lagi bagi barangan yang bernilai tinggi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan