Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek 66 tahun diberkas; curi wang tunai dari 5 gerai pusat penjaja Bukit Merah View

Seorang lelaki berusia 66 tahun diberkas kerana disyaki mencuri dari lima gerai di sebuah pusat penjaja pada Isnin (12 Apr), menurut pihak polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek 66 tahun diberkas; curi wang tunai dari 5 gerai pusat penjaja Bukit Merah View

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 09:52PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 09:55PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 66 tahun diberkas kerana disyaki mencuri dari lima gerai di sebuah pusat penjaja pada Isnin (12 Apr), menurut pihak polis.

Pada 12 Apr sekitar pukul 6.35 pagi, pihak polis dimaklumkan mengenai kes kecurian wang tunai dari sebuah gerai di pusat penjaja Bukit Merah View.

Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu mencuri wang tunai bernilai lebih S$850 dari lima gerai, menurut pihak polis pada Selasa.

Melalui soal siasat dan bantuan rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) serta kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Clementi berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu. Dia diberkas pada hari yang sama dan wang tunai bernilai S$640 berjaya diperolehi.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 14 Apr atas tuduhan mencuri dan menceroboh dengan niat untuk melakukan jenayah di bawah Kanun Jenayah.

Kesalahan mencuri membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. Kesalahan menceroboh dengan niat untuk melakukan jenayah membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda sehingga S$1,500.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan