Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suspek 24 tahun ditangkap susuli kejadian tikam dari belakang di Little India

Seorang lelaki berusia 24 tahun ditangkap kerana didakwa menikam seorang lelaki dari belakang di Rowell Road di Little India.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek 24 tahun ditangkap susuli kejadian tikam dari belakang di Little India

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 23 Oct 2020 10:53PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 10:54PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 24 tahun ditangkap kerana didakwa menikam seorang lelaki dari belakang di Rowell Road di Little India.

Polis menyatakan mereka dimaklum kepada kes itu pada Rabu (21 Okt), sambil menambah bahawa mangsa dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Tan Tock Seng.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa kedua-dua suspek dan mangsa saling mengenali, dan lelaki berkenaan dipercayai mempunyai pertikaian dengan mangsa sebelum kejadian berlaku," demikian menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (23 Okt).

Suspek akan didakwa pada Sabtu (24 Okt) kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda, dipenjara sehingga tujuh tahun, dirotan atau mana-mana campuran hukuman berkenaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan