Susah cari makanan ringan Indonesia, wanita ini buka kedai jual makanan ringan asli Indonesia di Changi Rd
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika Irna Permata Sari tiba ke Singapura dari Batam pada tahun 2011, beliau mendapati ia sukar mencari makanan Indonesia.
Cik Irna berpindah ke sini setelah bernikah dengan suaminya, seorang warga tempatan.
"Pertama kali saya ke Singapura, makanan Indonesia seperti martabak manis dan pempek susah untuk dicari," kongsi Cik Irna, 37 tahun kepada BERITA Mediacorp.
Hal itu mendorong beliau untuk dapatkan resipi dan cuba sendiri masak makanan Indonesia di rumah untuk rakan-rakannya yang juga tinggal di sini.

"Rakan-rakan saya mengatakan bahawa martabak manis yang saya buat sedap dan ia memberi saya semangat untuk membuka pesanan kepada orang ramai," cerita Cik Irna.
Beliau mula menerima tempahan bagi martabak manis dan berniaga dari rumah pada tahun 2020.
Selepas dua tahun berniaga dari dapurnya di rumah, beliau memutuskan untuk mencari kedai dan meluaskan perniagaannya itu.
JUAL MAKANAN YANG JARANG DIDAPATKAN DI SINGAPURA
Cik Irna kini mempunyai kedainya sendiri di 55 Changi Road, Irna's Taste Food and Cakes untuk menjual Martabak Manis, Pisang Goreng ala Batam, Pempek dan Ayam Geprek.

"Saya fikir Pempek juga makanan kegemaran orang Indonesia tetapi tidak banyak tempat makanan Indonesia di Singapura yang menjualnya.
Pempek merupakan juadah dari Palembang yang seakan bebola ikan dimakan dengan kuah 'cuko' yang diperbuat daripada gula melaka, bawang putih dan cili padi.
"Ramai pekerja Indonesia di sini mencari Pempek dan itulah sebab saya mula menjualnya. Ada pelanggan yang tidak tahu apa itu Pempek, saya jelaskan pada mereka dan mereka cuba makan dan kemudian mencarinya lagi," kongsi Cik Irna kepada BERITA Mediacorp.

Selain daripada Pempek, makanan yang jarang dijual di Singapura adalah Martabak Manis berperisa pulut hitam yang dihidangkan bersama kelapa parut.
Beliau juga memperkenalkan beberapa hidangan lain seperti Kuih Pukis, snek tradisional yang jarang ditemui di sini.

Ia diperbuat daripada adunan berasaskan tepung gandum dan dimasak dalam kuali acuan khas.
Menerusi usahanya itu, Cik Irna berharap lebih ramai orang tahu tentang makanan ringan Indonesia yang jarang ditemui di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.