Skip to main content

Singapura

Suruhanjaya Keselamatan Sukan dibentuk pada 2019

Satu Suruhanjaya Keselamatan Sukan akan dibentuk tahun depan bagi mencegah kejadian salah laku di kalangan para pengamal sukan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Oct 2018 07:26PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 09:43PM

SINGAPURA: Satu Suruhanjaya Keselamatan Sukan akan dibentuk tahun depan bagi mencegah kejadian salah laku di kalangan para pengamal sukan tempatan.

Suruhanjaya yang dianggotai SportSG, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Pasukan Polis, akan melakarkan garis panduan bagi menentukan proses melaporkan sebarang salah laku.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu mengumumkannya di Persidangan CoachSG siang Rabu (31 Okt).

Proses melaporkan yang baru itu diharap akan mewujudkan sekitaran yang selamat untuk para atlit.

Langkah-langkah lain seperti syarat memerlukan kesemua 59 persatuan sukan kebangsaan melantik pegawai keselamatan yang menjadi orang pertama menerima laporan salah laku, akan dilancarkan tahun depan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita