Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Surbana Jurong dibuka, pacu inovasi demi jadikan kehidupan bandar berdaya tahan dan mampan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Mar 2024 08:36PM Dikemas Kini : 13 Mar 2024 08:50PM
SINGAPURA: Satu ruang kerjasama baharu bagi syarikat-syarikat sektor persekitaran binaan, menguji inovasi baharu di bawah satu bumbung.

Itulah matlamat kampus baharu Surbana Jurong yang bertujuan untuk memacu inovasi demi menjadikan kehidupan bandar lebih berdaya tahan dan mapan.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, huraian-huraian tersebut juga boleh dieksport secara global, untuk menjadikan Singapora relevan kepada seluruh dunia.

Kampus baharu Surbana Jurong itu seluas sekitar 1.2 juta kaki persegi.

Ia dilengkapi dengan sistem pengedaran udara bawah lantai untuk menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 16 peratus.

Dua pertiga ruang bangunan tersebut diisi oleh pekerja Surbana Jurong, dengan bakinya untuk diisi penyewa lain.

Setakat ini, mereka sudah menguji enam teknologi baharu seperti sistem pengedaran udara canggih, pengesan mutu udara dan peralatan lampu bijak.

Pihak Surbana Jurong menyatakan sebilangan teknologi itu sudahpun diterapkan ke pejabat-pejabat pemerintah.

Berucap di pelancarannya, Encik Wong berkata, kampus tersebut akan memperdalam lagi keupayaan Singapura dalam mencipta huraian-huraian baharu.

"Sepanjang perjalanan ini, sedang kami membangunkan huraian-huraian untuk kami sendiri, kami sedar bahawa beberapa huraian ini juga boleh menjadi khidmat yang boleh dieksport dengan cara tersendiri.

"Permintaan bagi huraian-huraian perbandaran semakin meningkat di merata Asia. Ia didorong pembandaraan yang pesat dan aspirasi yang berkembang bagi membina bandar yang lebih baik, canggih dan mampan," kata Encik Wong.

Encik Wong menambah, itulah sebabnya Singapura melabur secara besar-besaran dalam kajian dan pengembangan (R&D) untuk sektor persekitaran binaan.

Ini demi mencipta versi kehidupan bandar yang lebih mampan, indah dan memuaskan.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan