Suratman Markasan & Wang Gungwu cipta sejarah jadi pemenang paling berusia Hadiah Sastera Singapura
Sasterawan Suratman Markasan dan sejarawan Wang Gungwu, kedua-dua berusia 92 tahun menjelang akhir tahun ini, adalah pemenang tertua dalam sejarah 30 tahun Hadiah Sastera Singapura itu diadakan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sasterawan mapan Suratman Markasan terus menyerlah pada usia 92 tahun setelah karyanya diangkat dan terpilih untuk memenangi Hadiah Sastera Singapura (SLP) tahun ini.
Ini sekali gus menjadikan Suratman Markasan pemenang paling berusia tahun ini, di samping penulis Wang Gungwu yang juga menjangkau usia 92 tahun ini.
Barisan pemenang bagi SLP tahun ini diumumkan dalam satu majlis yang kembali diadakan secara bersemuka buat julung-julung kalinya sejak 2018, di Panggung Victoria lewat petang tadi (25 Ogos).
Menariknya tahun ini, lapan daripada 12 penerima anugerah merupakan pemenang kali pertama.
Ini termasuk Suratman Markasan dan Wang Gungwu sendiri.
Sebelum ini, karya hasil Encik Suratman pernah disenarai pendek sebanyak empat kali.
Pada kali ini, tuah menyebelahi beliau dalam kategori Bukan Fiksyen Kreatif menerusi karya berjudul Mengasah Kalam Jilid 2.
Buku itu ialah kumpulan esei penulis mapan itu yang meneliti sastera Melayu Singapura dan antara lain, mengupas karya Isa Kamari dan Mohamed Latif Mohamed.
HARTINAH AHMAD JADI WANITA PERTAMA MENANG KATEGORI PUISI MELAYU
Hartinah Ahmad pula muncul sebagai penulis wanita pertama yang memenangi kategori puisi dalam bahasa Melayu bagi SLP secara solo.
Meskipun pernah memenangi anugerah dalam kategori yang sama pada 2016, pada tahun itu Cik Hartinah berkongsi pengiktirafan itu dengan penulis Hamed Ismail dan Samsudin Said bagi karya yang dihasilkan bersama.
Bagi kategori fiksyen Melayu pula, pengasas bersama syarikat penerbitan Unggun Creative, Farihan Bahron berjaya merangkul anugerah itu tahun ini.
Sebelum ini, beliau pernah memenangi kategori puisi Melayu SLP pada 2018.
Setiap pemenang bagi 12 kategori itu menerima hadiah wang tunai S$3,000.
Mereka juga menerima trofi khas buatan tangan dan kod hadiah StoryTel.
Tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong juga menyampaikan Anugerah Pencapaian Majlis Buku Singapura kepada perintis sastera, Edwin Thumboo di majlis tersebut.
ALI SALIM JADI PILIHAN PEMBACA
Orang ramai juga dijemput untuk mengundi bagi Anugerah Kegemaran Pembaca.
Tahun ini, para pembaca memilih Ali Salim, Daryl Qilin Yam, Pan Cheng Lui dan Rama Suresh.
Para pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak S$1,000.
Seramai lebih 4,000 pengundi mengundi
bagi anugerah tersebut tahun ini.
Jumlah itu hampir seganda lebih tinggi berbanding pada tahun 2020.
Bagi mereka yang terlepas menghadiri majlis penyampaian anugerah itu, mereka boleh menontonnya di laman web SBC, YouTube dan Facebook mulai 5 September.
SLP ialah hadiah sastera unggul di Singapura yang dibuka kepada warga negara dan Penduduk Tetap Singapura.
Karya mereka boleh diterbitkan dalam mana-mana bahasa rasmi Singapura iaitu Bahasa Cina, Inggeris, Melayu atau Tamil.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.