Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Surat doktor tidak diperlukan untuk kembali bertugas di tempat kerja, sekolah selepas pulih dari COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para pelajar dan pekerja yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 tidak perlu menunjukkan surat doktor untuk kembali bertugas di tempat kerja atau sekolah, termasuk prasekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL). 

Ini selepas jumlah pesakit yang pergi ke Klinik Doktor Swasta untuk mendapatkan surat doktor. 

Demikian menurut kenyataan media bersama oleh Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Sabtu (5 Feb). 

"Tindakan sedemikian tidak perlu dan berisiko menjejas mutu jagaan para pesakit lain yang juga yang benar-benar memerlukan rawatan perubatan."

Para individu yang diuji positif COVID-19 menerusi ujian pantas antigen (ART) dikehendaki mengasingkan diri di rumah bagi tempoh sekurang-kurangnya 72 jam di bawah protokol kesihatan buat masa ini. 

"Jika mereka sudah pulih, mereka boleh berhenti mengasingkan diri dan menyambung semula kegiatan-kegiatan seperti biasa selepas diuji negatif melalui ART," tambah kenyataan tersebut.

Para majikan dan pekerja dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan protokol-protokol kesihatan COVID-19. 

"Para pekerja yang diuji positif COVID-19 (sama ada melalui ujian kendiri ataupun di klinik swasta) seharusnya segera memaklumkan majikan mereka dan tidak kembali ke tempat kerja supaya dapat mencegah virus tersebut daripada merebak," menurut kenyataan itu lagi.

"Mereka yang sihat juga seharusnya dibenarkan bekerja dari rumah selagi mereka boleh berbuat demikian. Jika mereka tidak boleh bekerja dari rumah, majikan mereka seharusnya menganggap tempoh tidak hadir itu sebagai cuti sakit bergaji tanpa memerlukan surat doktor daripada pekerja tersebut."

Singapura melaporkan 13,208 kes baru COVID-19 pada Jumaat (4 Feb), hampir dua kali ganda jumlah yang dicatatkan sehari sebelum itu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan